CDC SELANGOR

KATA ALUAN

[Klik] CDC Selangor@ Facebook

[Klik] CDC Selangor@ Facebook
KLIK UNTUK KE LAMAN FACEBOOK CDC SELANGOR

HARI BELIA

HARI BELIA

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Dibubarkan Untuk Memberi Laluan PRU-13.


najib bubar

KUALA LUMPUR – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini.

Ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui semua saluran televisyen.

Selepas pembubaran yang dibuat melalui perkenaan Yang Dipertuan Agung, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon diikuti tempoh berkempen dan hari pengundian.

“Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia, pagi ini saya mengadap Yang Dipertuan Agung memohon Parlimen ke-12 dibubarkan hari ini.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda memberikan perkenan Parlimen dibubarkan,” katanya.

Beliau berkata, pembubaran ini untuk membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Pada pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. - feldavoice.com


Saturday, 22 September 2012

SEMUA BELIA DIJEMPUT UNTUK MEMBANTU SAUDARA ROHINGYA KITA !!! JOMMM !!!


Dengan penuh rendah hati... Bagi pihak penganjur ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke Mini Karnival Jom Santai Mencari Raja Dodol 2012 pada 22hb September 2012 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves.

Pelbagai aktiviti menarik seperti autoshow kereta dan motorsikal berkuasa kecil hingga besar, karaoke, cabutan bertuah dan semestinya acara kacau dodol.

Kacau dodol bermula awal pagi, namun Mini Karnival akan dibuka kepada orang awam bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.

Dodol yang telah siap akan dilelong selepas acara perasmian yang akan disempurnakan oleh Datuk Haji Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak).

Sebahagian hasil dari lelongan dodol akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Rohingya.

Jom kita berkumpul, bersantai, bergembira dan mengerat silaturrahim disamping beramal.

Tarikh : 22 hb September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 11 pagi - 8 malam
Tempat : Dewan Taman Bolton Batu Caves, Selangor Darul
Ehsan.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja-penaja yang telah banyak menyumbang untuk menjayakan Mini Karnival ini iaitu Datuk Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak), Datuk Hasnal (MASGENUINE - i BERHAD), De' Wajah Skin Care, Puan Alin (Anjung Putra Biker's Corner), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bro Nazri (Bikers), Cafe 22, dan lain-lain lagi (yang tidak dapat disebutkan nama).

Tahniah A Summit Resources sebagai penganjur utama dan Datuk Megat bagi pihak BN Gombak !!!