CDC SELANGOR

KATA ALUAN

[Klik] CDC Selangor@ Facebook

[Klik] CDC Selangor@ Facebook
KLIK UNTUK KE LAMAN FACEBOOK CDC SELANGOR

HARI BELIA

HARI BELIA

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

Saturday 22 September 2012

SEMUA BELIA DIJEMPUT UNTUK MEMBANTU SAUDARA ROHINGYA KITA !!! JOMMM !!!


Dengan penuh rendah hati... Bagi pihak penganjur ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke Mini Karnival Jom Santai Mencari Raja Dodol 2012 pada 22hb September 2012 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves.

Pelbagai aktiviti menarik seperti autoshow kereta dan motorsikal berkuasa kecil hingga besar, karaoke, cabutan bertuah dan semestinya acara kacau dodol.

Kacau dodol bermula awal pagi, namun Mini Karnival akan dibuka kepada orang awam bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.

Dodol yang telah siap akan dilelong selepas acara perasmian yang akan disempurnakan oleh Datuk Haji Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak).

Sebahagian hasil dari lelongan dodol akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Rohingya.

Jom kita berkumpul, bersantai, bergembira dan mengerat silaturrahim disamping beramal.

Tarikh : 22 hb September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 11 pagi - 8 malam
Tempat : Dewan Taman Bolton Batu Caves, Selangor Darul
Ehsan.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja-penaja yang telah banyak menyumbang untuk menjayakan Mini Karnival ini iaitu Datuk Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak), Datuk Hasnal (MASGENUINE - i BERHAD), De' Wajah Skin Care, Puan Alin (Anjung Putra Biker's Corner), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bro Nazri (Bikers), Cafe 22, dan lain-lain lagi (yang tidak dapat disebutkan nama).

Tahniah A Summit Resources sebagai penganjur utama dan Datuk Megat bagi pihak BN Gombak !!!


Sunday 29 July 2012

BERBUKA PUASA DAN RAMAH MESRA BERSAMA GPMS DI KUALA LUMPUR.

PROGRAM BERBUKA PUASA DI KEMENTERIAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)
BERSAMA BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
DI DEWAN TUN MAHFOZ OMAR DI KUALA LUMPUR










PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PN.IDA HARLINA YANG MENGAJAK KAMI BERBUKA PUASA BERSAMA BELIAU DI KUALA LUMPUR.

MAJLIS YANG DI HADIRI LEBIH DARI 400 ORANG INI MERIAH DENGAN TETAMU VVIP YANG HADIR.

KAMI CREW SUKARELAWAN CDC DAN CREW GPMS WILAYAH MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Sunday 3 June 2012

TAHNIAH KEPADA SEMUA CREW CDC YANG MENJAYAKAN AKTIVITI DAN PAMERAN HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012

PEMERAN dan AKTIVITI BOOTH CDC DI SEGMEN BELIA BANDAR - HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012





Wajah-wajah ini merupakan sebahagian crew yang telah menjayakan pameran dan sedikit aktiviti yang di wakili oleh sekumpulan anak muda dari sekitar Selangor / Kuala Lumpur

Bertungkus lumus selama 5 hari tanpa rasa jemu dan putus asa mereka tetap menjadikan booth cdc ini menjadi realiti.

Tahniah dan penghargaaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang telah memberikan kerjasama yang tiada batasnya.

Diharap agar kami dan belia-belia ini diberi ruang dan peluang bagi melaksanakan program nasioanal di masa akan datang.Sekiranya terdapat kekurangan serta cacat cela dari kami, kami menyusun 10 jari memohon maaf .

"kami budak baru belajar ambik galah tolong jolokkan ...

by fauzi cdc selangor

Sunday 20 May 2012

UCAPAN TERBAIK PELANCARAN HARI BELIA PERINGKAT WILAYAH


PELANCARAN BELIA BANDAR !! BELIA BANDAR HEBAT !!!



UCAPAN LIPUTAN PELANCARAN HARI BELIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN OLEH YB. DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO RAJA ZAINAL ABIDIN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR PADA 19 MEI 2012, DI WANGSA WALK, KUALA LUMPUR.

B

UCAPAN DARI PUAN IDA HARLINA IKHWAN NASIR PADA PELANCARAN HARI BELIA PERINKAT WILAYAH PERSEKUTUAN DI WANGSA WALK.KUALA LUMPUR.

TAHNIAH BELIA WILAYAH


JOM BERSAMA HARI JUTAAN BELIA DI PUTRAJAYA 

Wednesday 25 April 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA - SEMUA DI JEMPUT HADIR


DIJEMPUT SAUDARA/SAUDARI
BELIA-BELIA
KE -



HIMPUNAN JUTAAN JUTAAN BELIA
PADA
23-27 MEI 2012
PUTRAJAYA
"KUASAI BELIA"

Friday 20 April 2012

BERILAH BANTUAN DAN SUMBANGAN SEGERA!!!



ADIK NURZAHRA DAMIA PERLUKAN BANTUAN SEGERA - BLOGER ASSASSIN CYBER




Dua kali dia diduga tetapi pasangan ini tabah menghadapinya. Namun hanya Tuhan yang mengetahui apa tersirat di dalam hati mereka. Dengarkan curahan hati pasangan ibu bapa ini.

Kediaman Zuraidah Abdul Rahman, 24 dan Idris Md Jadi, 30, sunyi dan sepi tanpa suara bayi kecil. Walhal si isteri baru seminggu melahirkan bayi diberi nama Nurzahra Damia. Bagaimanapun, si kecil ini terpaksa ditahan di wad NICU Hospital Sg Buloh kerana mempunyai masalah jantung.

Dua tahun lalu, kisah sedih keluarga ini pernah dipaparkan dalam majalah ini. Ketika itu, anak sulung mereka iaitu Robbul Izzati menderita sakit paru-paru akibat dijangkiti kuman sejak lahir. Penderitaan permata hati mereka itu berakhir apabila adik Robbul Izzati pergi meninggalkan mereka pada Januari tahun lalu.

Biarpun sedih dengan hakikat itu, namun Zuraidah dan Idris redha dengan ketentuan-Nya. Allah itu Maha Kaya apabila beberapa bulan selepas pemergian adik Robbul, si ibu dikhabarkan bakal menerima anak kedua. Kegembiraan jelas terpancar namun jauh di sudut hati si ibu, terselit rasa bimbang. Bagi Zuraidah, dia harus reda dengan apa jua ketentuan yang tertulis buatnya.

Diuji Lagi

Kini mimpi ngeri tersebut seakan berulang sekali lagi. Anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan caesarean pada 14 Februari lalu berkedudukan songsang di saat akhir turut menanggung derita kesakitan.

Menurut Zuraidah sepanjang mengandung anak kedua tiada sebarang kelainan dikesan pada janinnya menerusi ujian imbasan terperinci yang dilakukan oleh doktor pakar. Zuraidah yang sekali lagi menghidap kencing manis semasa mengandung dan tekanan darah tinggi yang turun naik diarahkan bersalin awal dua minggu daripada tarikh jangkaan.

Biarpun menjalankan pemeriksaan di Hospital Selayang di bawah pemantauan doktor pakar tetapi di akhir kehamilan dia bertukar ke Hospital Sg Buloh.

Lihat anak selepas tiga hari melahirkan Jika orang lain dapat mendakap anak yang dilahirkan sebaik selesai bersalin tetapi ia tidak berlaku kepada Zuraidah. Walaupun hatinya tertanya-tanya bagaimana rupa anak yang dikandung namun akibat bius yang disuntik membuatkan beberapa jam terawal dia tidak mampu membuka mata.

“Selepas bersalin, doktor langsung tidak cakap apa-apa kepada saya. Bila saya sudah sedar dan masuk ke dalam wad bersalin, perasaan berdebar-debar. Terkejut kenapa anak tak ada sekali dalam wad. Suami pun tidak beritahu apa-apa. Masuk hari ketiga barulah saya dapat tengok anak.

Mula-mula tengok dia, saya rasa sebak dan tidak sampai hati hendak melihat sebab teringat kembali kepada arwah Robbul. Sedih dan tidak terkata apa. Sebagai manusia biasa hati saya tertanya-tanya kenapa agaknya saya sekali lagi diuji sedemikian.

Tapi kemudian saya reda dan terima dugaan daripada Allah,” ceritanya menahan air mata. Sebenarnya menurut suami Zuraidah pula, sejak hari kedua lagi anaknya sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan tetapi doktor tidak dapat mengesan masalah jantungnya dan hari keempat dibawa pula ke Institut Jantung Negara (IJN) yang akhirnya dapat mengesan masalah pada jantungnya.

Pelbagai Penyakit Lain

Si kecil yang lahir seberat 2.75 kg mempunyai masalah jantung yang besar di mana salah satu saluran untuk menyalurkan oksigen ke paru-paru tertutup.

Oleh itu pembedahan segera untuk memasang tiub menggantikan saluran yang tertutup itu perlu dilakukan segera sebelum pembedahan membuat saluran baru dilakukan apabila Nurzara berumur tiga tahun.

Menurut Idris lagi, sekarang ini jangka hayat anaknya hanya bergantung pada ubat sahaja. Ubat tersebut diberi untuk mengelakkan saluran PDA yang ada pada setiap bayi baru lahir tertutup.

“Kata doktor, biasanya saluran itu akan tertutup sendiri dalam masa seminggu. Oleh kerana anak saya tiada saluran lengkap jadi dia perlu bergantung pada saluran PDA tersebut.

Jadi pembedahan perlu dilakukan segera kerana dia seolah-olah di ambang maut,” ujarnya menambah kos pembedahan menelan belanja sehingga RM25 ribu atau lebih.

Selain daripada menderita masalah jantung, Nurzara juga disahkan mempunyai masalah pada buah pinggangnya, pertumbuhan otak yang perlahan dan ibu jari tangan yang terlipat. Otak Nurzara tidak mempunyai saluran utama dan sebelah kiri buah pinggangnya tidak ada.

Si kecil perlu bergantung 100 peratus pada mesin ventilator untuk bantuan pernafasan. Hasil perbincangan antara doktor di IJN dan Hospital Selayang mendapati otaknya tidak boleh berfungsi seperti orang lain walaupun pembedahan jantung dilakukan.

Mohon Segera Dibedah

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kesusahan yang ditanggung oleh pasangan muda ini terlalu berat. Sakitnya hanya mereka yang tahu.

Dengan pendapatan bulanan daripada Idris seorang sahaja yang bekerja pastinya sukar untuk mereka mengumpul wang sebanyak puluhan ribu untuk membiayai pembedahan anak mereka.

Apatah lagi Idris yang bekerja sebagai pemandu bas di sekitar bandar Rawang dibayar gaji mengikut hari bekerja. Ketika temu bual, dia sudah seminggu bercuti menguruskan masalah anaknya yang ditahan di hospital. Itu bermakna tiada gaji diterima untuknya sepanjang tempoh tersebut.

Mereka sangat reda dan tabah menerima ujian untuk kali kedua biarpun hakikatnya hati terlalu pedih dan sedih menghadapinya. Apatah lagi mereka berdua masih belum dapat mengangkat dan mendakap zuriat tersayang sejak dilahirkan.

Biarpun pilu menjalankan tempoh berpantang tanpa anak di sisi tetapi Zuraidah dan suami tidak pernah jemu berdoa memohon agar anaknya dapat segera dibedah hasil sumbangan kewangan daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan.

Menurut Idris, dia hanya mengikut apa sahaja yang terbaik demi melihat anak tersayang selamat.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 162012795648 atau Bank Islam 14153020161917.

SEBARKAN 

Wednesday 11 April 2012

TUANKU PAYUNG RAKYAT, PAYUNG NEGARA ! DAULAT TUANKU !





Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.


Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, CDC menyembah tahniah kali kedua Tuanku menjadi Payung Rakyat, Payung Negara !!!

DAULAT TUANKU !!! 

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!





Saturday 7 April 2012

PENGATUCARAAN GERAKAN DESA WAWASAN DAERAH PENDANG KE CDC SELANGOR

GDW SINGGAH KE CDC

Yang dihormati semua , tetamu rombongan dari GDW( GERAKAN DESA WAWASAN ) daerah Pendang yang singgah menginap di bangunan CDC di Jalan Tar , malam 6 hb 4 2012.

Peserta rombongan seramai 46 orang ini , bangun seawal 5.00 pagi untuk bersiap bertolak ke Melaka menghadiri program di sana.








Kami CREW CDC SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN 
segala kekurangan dari pihak pengurusan , kami mohon maaf. 

kalau ada sumur di ladang boleh menuai padi, 
kalau ada umur yang panjang,boleh kite berjumpa lagi. 

Friday 30 March 2012

LAWATAN CREW CDC SELANGOR BERTEMU CDC PERAK DI UNIVERSITI

KERJASAMA PENGERUSI CDC PERAK MENERUSI BELIA-BELIA ANTARABANGSA

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS


BERSUAI KENAL ANTARA BELIA SWEEDEN , PAKISTAN , SUDAN ,IRAN 

1 PENGALAMAN YANG MENYERONOKKAN
AKAN BERGANDINGAN MENERUSI PROGRAM CYBER SELEPAS INI

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG HADIR.

Tuesday 13 March 2012

SUMBANGAN KASIH SAYANG DS MOHD NAJIB RAZAK KEPADA RAKYAT YAN,KEDAH PART 2

PROGRAM SUMBANGAN KASIH SAYANG DS NAJIB RAZAK DISAMPAIKAN OLEH PRESIDEN CDC MALAYSIA EN.SOBRI AHMAD
11/3/2012
5.30 PETANG

MAJLIS DIADAKAN DI SEBUAH RUMAH PENERIMA BANTUAN DI KAMPUNG. SUNGAI DAUN , DUN SUNGAI LIMAU, KEDAH.

EN SOBRI MEMBERI SIDIKIT PENERANGAN KEPADA PENERIMA TENTANG SUMBANGAN YANG DISAMPAIKAN



 SETIAP SEORANG MENERIMA 2 KAMPIT BERAS DAN 1 KOTAK BARANGAN





GAMBAR KENAGAN BERSAMA PENERIMA SUMBANGAN
DAN CREW CDC MALAYSIA

LALUAN JALAN YANG BAIK DAN CANTIK
BERSURAI






CDC MALAYSIA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI ATAS SUMBANGAN KASIH SAYANG KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN TERUTAMA BAGI DUN SUNGAI LIMAU, JERAI KEDAH.

SALAM 1 MALAYSIA.

TRAGEDI### LIVE BANTUAN BANJIR AMPANG & HULU LANGAT By Sukarelawan CDC Selangor

LIVE  :  sukarelawan  CDC  Selangor MEMBERI BANTUAN AWAL BENCANA ALAM DI LEMBAH JAYA AMPANG.




Mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Sulrau Ehsaniah, Lembah Jaya Utara, Ampang Selangor, Mangsa-mangsa banjir lebih kurang 50 keluarga dan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelbagai bantuan disalurkan oleh Agensi-agensi kerajaan terutama Polis,Bomba,Rela,Tentera,JPAM, JKM dan lain-lain.


Sebuah rumah runtuh di Lembah Jaya, Utara Ampang
&
LIVE : RAKAMAN sukarelawan CDC Selangor TERPERANGKAP DALAM BANJIR



Setelah berada di Ampang Jaya Utara, Crew CDC  terus bertolak ke Hulu Langat, di sini agak teruk terjejas dan jalan-jalan utama ditutup untuk laluan terutama menghala ke batu 14,15,16 dan terus ke Sungai Lui, 

Crew CDC terus menghala dari Sungai Tekali ke Sungai Serai. Video di bawah sempat dirakam semasa perjalanan ke Sungai Serai dan Crew tersangkut dalam banjir di Taman Perkasa, Sungai Serai akibat keadaan amat berbahaya untuk dilalui kenderaan.




Crew CDC  mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba terutama Ketua operasi banjir, Balai Bomba Pandan yang ingin menghantar kami ke pusat bantuan banjir Sungai Serai menggunakan bot pasukan Bomba.

Walaubagaimanapun, keadaan semasa itu, pihak Bomba sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, kami meminta pihak Bomba membantu dahulu mangsa-mangsa banjir di sekitar Taman Perkasa.

Sekali lagi bagi pihak CDC Malaysia ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi kerajaan yang membantu mangsa banjir semalam.

SUMBANGAN KASIH SAYANG DS MOHD NAJIB RAZAK KEPADA RAKYAT KEDAH

TERIMA KASIH  PERDANA MENTERI MALAYSIA DS MOHD NAJIB ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA RAKYAT


PROGRAM SUMBANGAN KASIH SYANG DS NAJIB RAZAK DISAMPAIKAN OLEH PRESIDENT CDC MALAYSIA EN.SOBRI AHMAD
MAJLIS DI RUMAH EN.MASRI ABU DI BATU 18 GUAK CEMPEDAK, KEDAH.
11/3/2012
12.00 TGH HARI



 WAJAH-WAJAH SERI PENERIMA SUMBANGAN







RAMAH MESRA BERSAMA TETAMU YANG HADIR
BERSURAI---

1 MALAYSIA
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
TERIMA KASIH  PERDANA MENTERI MALAYSIA DS MOHD NAJIB ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA RAKYAT

Thursday 1 March 2012

MAJLIS PENYERAHAN WALKIE TALKIE DARI CDC MALAYSIA KEPADA RELA SG. LIMAU



MAJLIS PENYERAHAN WALKIE TALKIE DARIPADA CDC MALAYSIA KEPADA KETUA RELA KAMPUNG GELAM 2
DUN SUNGAI LIMAU 
25 FEB 2012



Presiden CDC Malaysia, En. Sobri Ahmad menyerahkan sumbangan Alat Komunikasi (Walkie Talkie) kepada Ketua Platun RELA Kampung Gelam 2, Dun Sungai Limau En Ramli (Paklang Ramli) disaksikan Pegawai RELA Daerah Yan.


Semoga sumbangan ini dapat membantu RELA Kampung Gelam 2, Dun Sungai Limau menjalankan tugas lebih baik untuk menjaga keselamatan setempat. Tahniah dari CDC Malaysia



Presiden CDC Malaysia mewakili Pegawai RELA daerah Yan menyampaikan kad keanggotaan RELAkepada 4 Platun RELA Dun Sungai Limau.



Salah satu wakil Platun RELA Dun Sungai Limau 




Semoga penyerahan kad anggota, mereka dapat melaksanakan tugas demi agama, bangsa dan pertiwi





Anggota RELA dari 4 Platun Dun Sungai Limau yang hadir






Presiden CDC Malaysia En. Sobri Ahmad berucap tentang dasar-dasar kerajaan semasa majlis sumbangan Alat Telekomunikasi (walkie Talkie) dan penyerahan kad keanggotaan RELA di rumah Ketua RELA Kampung Gelam 2, Dun Sungai LImau En. Ramli (Paklang Ramli)

CDC Malaysia mengucapkan tahniah dan t.kasih kepada semua yang hadir terutama tuan rumah iaitu En Ramli (Ketua Platun RELA Kampung Gelam 2)