CDC SELANGOR

KATA ALUAN

[Klik] CDC Selangor@ Facebook

[Klik] CDC Selangor@ Facebook
KLIK UNTUK KE LAMAN FACEBOOK CDC SELANGOR

HARI BELIA

HARI BELIA

SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

Saturday 6 April 2013

#ManifestoBN Dibentang @NajibRazak Di Stadium Bukit Jalil



21 CIRI-CIRI UTAMA:

1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan.

Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang.

Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo.

15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

16 -Sekolah satu sesi diperluaskan.

17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

18 - Transformasi sekolah vokasional.

19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun.

20 - Penggunaan SafeCam.

21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


Wednesday 3 April 2013

MB Selangor Sudah Menghadap Sultan


khalid ibrahim


KLANG – Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim kelihatan memasuki Istana Alam Shah di sini tepat jam 1.30 tengah hari tadi.

Ia disusuli dengan kereta dinaiki Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berhubung pembubaran Dun Selangor. – SINAR


Selangor Bubar DUN Esok


khalid ibrahim

SHAH ALAM – Selangor dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Jangkaan itu diperkuatkan susulan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Pertemuan itu dijangka ada kaitan dengan pembubaran DUN negeri.

Dalam masa yang sama, Abdul Khalid menerusi twitternya hari ini turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan baginda secepat mungkin bagi membincangkan status DUN negeri itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memubarkan Parlimen hari ini.

“Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin utk bincangkan status Dewan Negeri Sgor,” katanya menerusi laman sosial itu.

Menurut sumber, pembubaran DUN Selangor difahamkan akan diumumkan secara rasmi esok. – UTUSAN


Parlimen Dibubarkan Untuk Memberi Laluan PRU-13.


najib bubar

KUALA LUMPUR – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini.

Ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui semua saluran televisyen.

Selepas pembubaran yang dibuat melalui perkenaan Yang Dipertuan Agung, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon diikuti tempoh berkempen dan hari pengundian.

“Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia, pagi ini saya mengadap Yang Dipertuan Agung memohon Parlimen ke-12 dibubarkan hari ini.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda memberikan perkenan Parlimen dibubarkan,” katanya.

Beliau berkata, pembubaran ini untuk membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Pada pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. - feldavoice.com